Pages

Saturday, November 10, 2012

10 Tips Memanjangkan Hayat Bateri Laptop


Penjagaan bateri bukanlah sekadar memastikan laptop anda jauh dari serangan virus, tetapi penjagaan bateri juga amat penting. Manalah tahu sekiranya kita terpaksa menggunakan laptop di kawasan yang tiada sumber elektrik.
Sekarang ni dah banyak jenis bateri yang dijual di pasaran. Ada yang dibuat memang mempunyai kemampuan untuk beroperasi pada jangka masa yang lama tapi berapa lamakah bateri itu mampu bertahan? Berikut adalah tip atau langkah-langkah pengjagaan untuk memastikan bateri laptop mampu bertahan lama:
1).Jangan lupa untuk charge dahulu bateri baru anda sebelum menggunakannya. Ada sesetengah daripada kita yang akan terus menggunakan laptop kita yang baru dibeli tanpa mengecas terlebih dahulu. Ini akan menyebabkan bateri laptop anda mempunyai FCC (Full Charge Capasity) yang rendah berbanding nilai sebenar. Sebaiknya, chargelah bateri laptop anda terlebih dahulu sekurang-kurangnya 4 jam agar bateri laptop anda mencapai tahap maksimum charge.
2). Skiranya anda mengecas bateri laptop, ketika laptop sedang berfungsi, cabut cable charger anda sebaik sahaja bateri anda telah penuh 100% agar bateri anda lebih tahan lama dan tidak mudah rosak.
3). Bateri laptop akan panas sekiranya lama digunakan. Apabila bateri ditanggalkan dari laptop, letakkan di tempat bersuhu bilik.
4). Jangan biarkan bateri anda di dalam kereta diwaktu panas. Bateri yang panas akan ‘discharge’ dengan sangat cepat, dan bateri yang berada pada suhu dingin (takat beku), tidak dapat menjana banyak kuasa.
5). Sekiranya anda menggunakan sumber kuasa dari luar tanggalkan bateri laptop anda.
6). Tambahkan Ram laptop anda agar penggunaan bateri sebagai sumber daya intensif dapat dikurangkan.
7). Lakukan penyelenggaraan (defraging) pada hardisk anda agar penggunaan kuasa berlebihan untuk pengoperasian laptop anda dapat dikurangkan. Gunakan software yang banyak terdapat dipasaran seperti TuneUp Utilities untuk buat maintenance laptop anda.
8). Kurangkan penggunaan CD/DVD drive.
9). Bersihkan logam penyambung bateri (battery contacts) laptop anda sekurang-kurangnya sekali sebulan agar bateri tahan lama.
10). Gunakan software ReviverSoft Battery Optimizer untuk mengoptimumkan penggunaan bateri laptop anda.
Boleh dapatkan software di ReviverSoft.com
Menjimat kan bateri dengan sleep mode:
Adakah saya perlu menggunakan Stand By atau Hibernate?
Mod Stand By
Gunakan mod Stand By untuk menjimatkan kuasa ketika anda meninggalkan laptop untuk masa yang singkat- sewaktu monitor dan hard disk mematikan, semua aplikasi dan fail yang dibuka akan  disimpan di dalam RAM. Ketika ingin menggunakan laptop semula, keluar dari mod Stand By, dan desktop akan berfungsi seperti waktu meninggalkannya.
Mod Hibernate
Gunakan mod Hibernate untuk menjimatkan kuasa ketika meninggalkan laptop untuk jangka masa yang panjang – sewaktu laptop dimatikan pastikan anda menyimpan segala fail  pada hard disk anda. Apabila anda me-restart laptop, laptop anda akan kembali berfungsi seperti waktu anda meninggalkannya.

Walaupun ramai yang menggunakan sumber luar untuk menggunakan laptop tetapi bateri laptop masih diperlukan diwaktu waktu kecemasan seperti ‘black out’ dan sebab itu lah penting untuk kita menjaga bateri laptop kita.

Jimatkan Bateri Laptop


Tips bagaimana cara untuk memanjangkan jangka hayat bateri laptop ketika menggunakannya. Kita sedia maklum bahawa standard jangka hayat bateri laptop adalah 300 kali cas secara umum. Jadi jika selepas tempoh masa tertentu anda pasti perasaan bahawa bateri laptop anda tidak sehebat ketika masa mula-mula menggunakannya.


Jika anda  ingin menggunakan laptop untuk  jangka masa yang panjang (contoh straight 3 – 8 jam sehari), dinasihatkan agar anda menanggalkan bateri dan hanya perlu menggunakan power kabel sahaja. Ini kerana jika kuasa bateri sudah penuh dan pada masa yang sama masih menggunakan power kabel, bateri tidak dapat menampung lebihan kuasa dan secara tidak langsung boleh menjejaskan ketahanan bateri.


Bagaimana pula jika mahu menggunakan bateri tetapi ingin memastikan bateri tahan lama sewaktu menggunakannya ?


Ok, sebenarnya kita selalu menggunakan bateri jika pergi ke suatu tempat tertentu, jadi langkah-langkah di bawah amat sesuai dipraktikkan untuk menjimatkan kuasa bateri.
  1. Perlahankan volume atau mute volume jika perlu
  2. Adjust screen brightness, kurangkan kecerahan screen laptop, selalunya secara auto jika anda menggunakan option “Select a power plan” kepada “Power saver“.
  3. Disable bluetooth jika tidak menggunakannya.
  4. Gunakan aplikasi yang tidak memerlukan jumlah RAM (Random Access Memory) yang banyak. Sebagai contoh, penggunaan notepad lebih kurang menggunakan jumlah RAM berbanding MS Word.
  5. Matikan network card / switch off jika tidak menggunakan Internet/LAN.
  6. Unplug USB device jika perlu. Sebagai contoh, tanggalkan pendrive jika tidak menggunakannya.
  7. Shutdown atau gunakan Hibernate berbanding menggunakan Standby jika anda tidak menggunakan laptop buat seketika.
  8. Buat defragment seminggu sekali bagi memastikan komputer dapat berjalan dengan lancar.
  9. Jangan gunakan CD/DVD.
  10. Matikan ports (switch off ports) yang tidak digunakan seperti Ethernet/USB dan sebagainya.
  11. Gunakan cooling pad.
  12. Elakkan dari meletak laptop dari permukaan yang menyerap haba seperti atas bantal/tilam. Ini menyebabkan laptop semakin panas.

Terdapat banyak lagi tips untuk menjimatkan jangka hayat bateri, tetapi tips di atas lebih mudah dipraktikkan. Selamat mencuba.


Keburukan Guna Laptop Tanpa Bateri


Pendapat mengenai penggunakan laptop sambil mengecas bateri membuatkan jangka hayat bateri menjadi pendek dan merosakkan bateri tidak kami dapat sangkal lagi kebenaran memang ada.

Tetapi, tahukah anda sebenarnya menggunakan laptop secara langsung tanpa menggunakan bateri berpotensi untuk merosakkan komponen-komponen tertentu di dalam laptop.

Hal ini disebabkan oleh arus elektrik akan menuju secara langsung ke hardware tanpa melakukan penyesuaian tenaga sehingga kompenan hardware laptop anda menerima tegangan elektrik yang berlebihan dan mempercepat kerosakan. Selain menyimpan daya, bateri juga sebenarnya bertindak menyesuaikan arus yang masuk ke komponen-komponen laptop agar tidak terlalu tinggi.

Lebih-lebih lagi jika terjadi litar pintas dan arus elektrik yang tidak stabil, ia tentunya sangat membahayakan motherboard dan hardisk laptop anda. Adalah lebih baik bateri laptop yang mengalami kerosakan daripada motherboard ataupun hardisk yang harganya lebih mahal dibandingkan dengan bateri yang secara puratanya mampu bertahan antara dalam jangka hayat 2-3 tahun.